Assalamualaikum,
Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya kami berjaya menerbitkan artikel pertama kami di kedaimuslims.com. Sebenarnya, sudah lama kami ingin membuat first blog post ini, cuma disebabkan pelbagai kekangan, usaha ini sedikit tertangguh. Di dalam post ini, kami akan menceritakan sedikit latar belakang website kami.

1. PENGENALAN
kedaimuslims.com merupakan satu direktori yang menghimpunkan perniagaan milik orang Islam di Malaysia. Kami berusaha untuk memuat naik sebanyak mungkin senarai perniagaan milik usahawan Islam. Setakat hari ini (22/7/2018), terdapat hampir 900 senarai bisnes telah dimuat naik ke dalam portal ini. Untuk makluman semua, website started to go live pada Januari 2018.
2. IDEA PENUBUHAN
Saban hari, kita mendengar dan membaca di media mainstream dan media social, non-muslim dilihat lantang mencabar dan menghina agama Islam. Kami berpandangan ini mungkin disebabkan kelemahan umat Islam dari segi pegangan agama itu sendiri, politik dan ekonomi. Di kala politik umat melayu Islam semakin berpecah dan semakin jauh untuk merealisasikan kesatuan umat Islam, ekonomi dilihat sebagai satu cabang yang mampu untuk menyatukan orang Islam di Malaysia.
Kami percaya kuasa ekonomi dapat digunakan untuk membela kedaulatan Islam serta meningkat kedudukan umat supaya lebih disegani dan dihormati. Jika direnung, kebanyakan big corporation, public listed company, pemborong, dan peruncit di kebanyakan industri dimonopoli orang bukan Islam.
Kami percaya ramai antara kita sebenarnya ingin menyokong perniagaan orang Islam. Namun kerana disebabkan kekurangan pendedahan dan maklumat tersebut, sukar untuk kita mengetahui kewujudan kedai-kedai ini. Dengan tercipta direktori ini, diharap dapat membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat perniagaan usahawan Islam ini.

3. MATLAMAT PENUBUHAN
kedaimuslims.com ditubuhkan di atas dasar kesedaran untuk bersama-sama meningkatkan taraf ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia. Hari ini kita melihat penguasaan ekonomi umat Islam amat lemah dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan non-muslim sedangkan umat Islam adalah majority di negara ini. Tahukah kita semua orang Islam hanya menguasai sekitar 20% ekonomi Malaysia sedangkan umat Islam adalah majoriti (67%).
Pentingnya untuk bisnes orang Islam mempunyai online presence untuk memudahkan pencarian pengguna Islam. Boleh jadi terdapat perniagaan ini di sekitar kita, cuma kekadang kita tidak mengetahui kewujudannya. Atas dasar inilah, pihak kami menubuhkan kedaimuslims.com untuk menjadikannya sebuah direktori bisnes orang Islam.
Objektif direktori ini adalah untuk mempromosikan dan menghebahkan produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh orang Islam. Diharapkan produk-produk dan perkhidmatan orang Islam ini akan diberi keutamaan bagi kita berbanding produk-produk dan perkhidmatan orang bukan Islam.
Dengan wujudnya direktori ini, diharap memberi manfaat kepada seluruh pengguna bagi bersama-sama untuk meningkatkan kuasa ekonomi dalam kalangan umat Islam di Malaysia khususnya.
Jangan lupa untuk follow dan like kami di page Facebook dan Instagram
Ingat Kedai, Ingat Kedai Muslim