ēRYAbySURIA Janda Baik, Pahang ialah penginapan eksklusif yang mampu menyentuh minat pencinta-pencinta alam kerana ia terletak di lokasi yang strategik di Janda Baik, sebuah daerah di Pahang yang cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, dan dilengkapi dengan bukit bukau yang menghijau.
Janda Baik terletak di sebuah lembah yang terlindung di sebalik hutan hujan tropika yang menebal serta aliran sungai yang deras dan air terjun yang menakjubkan.