Kedai Cermin Mata Optometris Sanadi Sdn Bhd ditubuhkan pada 1991 berpusat di Jalan Tok Lam bandar Kuala Terengganu. Seterusnya berkembang kepada 8 buah cawangan di setiap daerah di negeri Terengganu Darul Iman. Optometris Sanadi Sdn Bhd diambil sempena nama pengasasnya iaitu Encik Mohd Sanadi Bin Mohamad Nafi anak jati kelahiran Dungun . Beliau merupakan seorang Optometris Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Optometris Sanadi Sdn Bhd ini adalah sepenuhnya milik Bumiputra.