Muhaimi Auto Services (MAS) telah ditubuhkan, pada 3 Julai 1997 di bawah Akta pendaftaran perniagaan 1956 dan terus beroperasi sehingga ke hari ini dengan objektif untuk memberikan perkhidmatan membaikpulih kenderaan berat dan perdagangan yang memuaskan kepada pelanggan. Setelah beroperasi selama 15 tahun di Kelantan,4 tahun di Selangor.Kini pada tahun 2011 MAS telah beroperasi sebagai MUHAIMI AUTO SERVICES SDN. BHD(MASAUTO), menembusi pasaran Terengganu dan kini telah membuka Cawagnan ke empat di Machang, Kelantan

Visi MAS adalah untuk menjadi sebuah syarikat ‘BUMIPUTERA’ terkemuka yang memainkan peranan utama dalam bidang automotif.

Misi MAS adalah untuk menyediakan perkhidmatan membaikpulih kenderaan yang komprenhensif serta berdaya saing bagi memenuhi kehendak pelanggan yang menyeluruh. Bagi menyempurnakan misi ini, MAS akan berinovatif dan berpandangan jauh, prihatin dan menyesuaikan diri dengan perubahan kehendak pelanggan dan persekitaran pasaran, komited kepada kecekapan, keberkesanan kos, keberuntungan dan tanggungjawab sosial serta berkemampuan menggunakan peluang dalam menghadapi cabaran baru.

MAS telah diberi kepercayaan oleh beberapa firma kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan persediaan kenderaan sebelum dihantar kepada PUSPAKOM untuk tujuan kelulusan permit “boleh guna” . Ini adalah kesan daripada perkhidmatan bermutu dan cekap yang diberikan oleh organisasi ini kepada pelanggan.

MAS juga menyediakan perkhidmatan bergerak 24 jam atau Break Down Services untuk kenderaan yang rosak semasa dalam perjalanan. Ini kerana MAS berpendapat kos penyelenggaraan kenderaan yang rosak akan lebih ekonomik jika dibaiki di lokasi daripada ditunda ke bengkel kecuali jika berlaku kerosakkan yang besar.

Sebagai wakil pusat servis (AUTHORIZED SERVICE DEALER) berkomputer “WESTSTAR LDV DISTRIBUTORS SDN. BHD” yang menjalankan servis dan baikpulih kenderaan “MAXUS” merangkumi alatganti tulen & jaminan bagi kenderaan LDV yang baru berdaftar.

Dilantik oleh MARA sebagai firma perunding & penceramah dalam bidang automotif (baikpulih kenderaan) pada setiap seminar yang dianjurkan oleh pihak MARA.

Q Perkhidmatan ditawarkan

Service keseluruhan
Kerja-kerja mengetok & mengecat body
Kerja-kerja aircond
Wirering
Transmission.
Membekal alat ganti
Menyediakan perkhidmatan MENGAMBIL dan MENGHANTAR kenderaan yang hendak dibaikpulih

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

Show all timings
  • Saturday09:00 AM - 06:00 PM
  • Sunday09:00 AM - 06:00 PM
  • Monday09:00 AM - 06:00 PM
  • Tuesday09:00 AM - 06:00 PM
  • Wednesday09:00 AM - 06:00 PM
  • Thursday09:00 AM - 06:00 PM
building Own or work here? Claim Now! Claim Now!

Claim This Listing