PENGENALAN PRODUK BINA PAINT
Syarikat BINA INTEGRATED INDUSTRIES SDN BHD (BIISB) mengeluarkan cat yang berkualiti seiring dengan produk-produk lain yang ada dipasaran sekarang ini.
BIISB ditubuhkan pada tahun 2005 mula mengeluarkan produk waterproofing berbentuk coating, cementitious dan membrane. Selepas 3 tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk (R&D), pada 2009 telah mengeluarkan produk cat berjenama BINA PAINT.
Produk BINA PAINT dihasilkan menggunakan Teknologi Hijau (Green Eco-Label) yang tidak mengandungi bahan-bahan logam berat seperti raksa, cadmiun, plumbum, arsenik dan mempunyai bahan organik terampai yang sangat rendah (Low Volatile Organic Compound) yang telah dilesenkan oleh pihak SIRIM.
Terdapat 4 produk utama BINA PAINT yang dikeluarkan iaitu:
Pada 2017 BIISB telah mendapat pengiktirafan Standard MS1900:2014 (SYARIAH-BASED QUALITY MANAGEMENT SYSTEM) iaitu Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah) yang merupakan syarikat pertama di dunia di dalam bidang pengeluaran bahan kimia binaan.
Dengan kekuatan pengurisan, teknologi dan penyelidikan berterusan serta pencapaian yang dicapai setakat ini sememangnya kami besyukur menjadi Peneraju Cat Patuh Syariah di malaysia..
Kualiti produk adalah sama dengan jenama cat yg terkenal dan yang paling penting cat kami lebih diyakini kesuciannya dan murah untuk dimiliki..
INGAT WARNA INGAT BINA PAINT
- Bina Integrated Industries Sdn. Bhd. (Bina Paint) kini sudah ada pensijilan patuh syariah MS1900:2014 daripada SIRIM Berhad (SIRIM) bagi memastikan semua produknya bersih dan suci.
- Pengeluaran produk catnya melalui proses patuh syariah secara menyeluruh bermula daripada pembiayaan perbankan Islam, pengurusan, sumber manusia, bahan mentah, pemasaran sehinggalah kilang pengeluaran.
- Bina Paint yang dibangunkan sejak 13 tahun merupakan jenama tempatan berteknologi Jerman dan Jepun yang memperoleh pengiktirafan Malaysian Brand dan pensijilan Eco Label daripada SIRIM.
- Keyakinan pengguna terhadap produk Bina Paint kini diperkukuh dengan teknologi cat mesra alam yang mempunyai ketahanan mengikut jenis produk selama 5 sehingga 10 tahun selain ditawarkan pada harga 10 peratus lebih murah berbanding jenama utama di pasaran.
1- Interior Paint
2- Exterior Paint
3- Wall Sealer
4- Wood & Metal Paint
5- Protective Coating
6- Waterproofing Paint
7- Cementious Waterproofing
8- Sport Court Coating