Tahun 2015, aku ada membeli sebuah rumah low cost di pinggir bandar Kuala Lumpur. Jadi, sebelum berpindah secara rasminya ke rumah itu, aku pun ada la membuat sedikit renovation seperti cat baru, letak laminated floor, repair piping bilik air dan macam-macam lagi. Hampir 90% aku buat sendiri dengan bantuan rakan-rakan kecuali kitchen cabinet.
Disebabkan aku ini bukanlah asal Kuala Lumpur dan sekitarnya, maka banyak keperluan peralatan dan material untuk renovation works ini aku terpaksa beli dan pinjam. Tidak jauh dari rumah aku ini, ada beberapa hardware yang boleh kata setiap hari aku berulang alik mencari alatan dan bahan-bahan lain.
Selepas beberapa lama, aku pun terpikir yang kebanyakan kalaupun tak semua hardware di sekitar rumah aku dimiliki oleh orang bukan islam. Ye tak yela, memang kebanyakan hardware yang aku pergi selama ini pun tak banyak yang dimiliki oleh orang Islam. Memang tidak dinafikan, ada sesetengah industri atau barangan dagangan yang memang dipelopori orang bukan Islam.
Satu lagi yang aku perhati adalah kedai motosikal. Sekadar pengamatan aku, kalau di Selangor dan Kuala Lumpur, memang jarang dapat jumpa kedai repair atau yang jual motosikal milik orang melayu Islam. Dalam 10 kedai, mungkin ada 1. Padahal yang paling ramai naik moto ni orang melayu Islam gak. Di tempat aku tinggal ni, boleh kata majoritinya orang melayu Islam, tapi satu pun takde kedai orang Islam. Tetapi yang kerjanya, ada je orang melayu kita. Tu yang aku payah nak paham.
Tidak hairan lah ekonomi negara kita dipegang oleh orang bukan Islam, merata-rata kita melihat mereka menjalankan bisnes dan orang kita hanya menjadi pekerja kepada mereka.
Kejadian ini sedikit sebanyak membuka pemikiran aku untuk aku memainkan peranan sebagai pengguna muslim untuk menyokong bisnes orang Islam supaya perniagaan mereka dapat terus berkembang dan insyaAllah suatu hari nanti, orang Islam akan memegang kembali kuasa ekonomi di Malaysia.
Kita selalu mendengar banyak usaha yang digembleng badan-badan kerajaan dan NGO untuk meningkatkan kuasa ekonomi umat Islam. Namun, semua usaha ini tidak akan membuahkan hasil jika kita, pengguna islam tidak bijak menggunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk terus menyokong perniagaan milik usahawan muslim itu sendiri.
Panjang pula aku membebel post ni. Cuma nak cerita sedikit latar belakang kenapa aku tekad wujudkan website direktori kedaimuslim.my ni. Supaya senang pengguna macam aku dan korang semua nak cari kedai-kedai orang Islam.
Kesimpulannya, sokonglah perniagaan orang Islam. Kalau bukan kita siapa lagi, takkan nak harap orang lain sokong orang Islam.