Assalamualaikum buat pembaca blog kedaimuslim.my,
Pertamanya kami di kedaimuslim.my ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang melayari website kami.
Sebelum-sebelum ini, admin sendiri yang add atau masukkan semua listing ke dalam website ini. Akan tetapi, ini akan mengambil masa yang lama dan kurang efektif untuk kita kumpulkan semua perniagaan muslim dalam satu direktori ini.
Jadi, kami amat mengalu-alukan saudara dan saudari untuk memuat naik sendiri listing baru ke kedaimuslim.my supaya senarai ini makin bertambah dari semasa ke semasa. Statistik kami menunjukkan ramai dalam kalangan pengunjung website kami yang klik butang “Add Listing” yang berada di top corner sebelah kanan home page. Akan tetapi tiada listing baru direkodkan. Kami percaya ini mungkin disebabkan pengunjung kurang pasti cara untuk memuat naik perniagaan mereka.
Jadi untuk itu, dalam post kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara untuk add listing ke kedaimuslim.my. Jangan risau, ia sangat mudah dan sesiapa pun boleh melakukankannya. Tapi sebelum itu, jom baca apa itu listing dan siapa yang boleh add listing?
Apa itu Listing?
Listing merujuk kepada perniagaan atau bisnes yang dimuat naik ke direktori kedaimuslim.my
Siapa yang boleh Add Listing?
Sesiapa sahaja boleh add listing ke website ini. Tidak terhad kepada owner semata-mata. Sekali lagi ingin ditekankan, kami mengalukan-alukan sesiapa sahaja untuk memuat naik listing. Mungkin anda sekadar ingin berkongsi di sekitar anda atau perniagaan milik sahabat handai atau saudara-mara anda.
Dah ready? Jom kita mulakan tutorial ini.
Langkah 1: Tekan Add Listing
Klik ‘Add listing’ button di sebelah penjuru atas kanan home page kedaimuslims.com (seperti arrow dalam imej di bawah) ataupun boleh klik sini.
Langkah 2: Seterusnya, anda akan dibawa ke page submit listing seperti di bawah
Kalau diperhatikan pada column pertama yang tertera ayat Returning User?
Returning User di sini merujuk kepada pengguna yang sudah mempunyai akaun dengan kedaimuslims.com (pernah signup). Jadi anda boleh sign in dan continue.
Tetapi jika belum mempunyai akaun, jangan risau. Tidak perlu buat apa-apa, just continue dan boleh sign up nanti once fill up business information.
Langkah 3: Isi maklumat perniagaan
Section 1
For the sake of this tutorial, kita akan menggunakan listing Pusat Servis Kereta Muslim sebagai contoh. (Rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup ataupun sudah mati)
Di section 1, terdapat 5 column perlu diisi.
1 – Listing Title & Tagline
Business Name: Pusat Servis Muslim
Tagline: One Stop Service Center
2- City :
Di sini akan ada dropdown menu bandar atau tempat yang available. So, anda boleh select lokasi business anda.
Note* : Lokasi ini adalah pre set oleh admin mengikut negeri-negeri di Malaysia dan boleh di tokok tambah. Sekiranya tempat anda tiada dalam senarai city ini, usah resah gelisah, hubungi admin di facebook page kami atau email kami di admin@kedaimuslims.com. Will do our best to assist you guys.
3 – Phone :
Masukkan phone number kedai atau personal number supaya senang pelanggan untuk menghubungi anda.
4 – Full Address :
Masukkan full address premis perniagaan. Contoh Lot 01, Pusat Perniagaan Idaman, Jalan PJU 5/4, Kota Damansara, 36780 Petaling Jaya, Selangor.
Function Search by Google : Akan ada suggestion dari google map untuk alamat perniagaan (tu pun kalau perniagaan ada dalam database google).
Atau anda boleh klik Manual Coordinates sekiranya premis tiada dalam google. Di sini korang perlu memasukkan sendiri coordinates lokasi kedai. Untuk dapatkan coordinates, boleh layari website latlong.net dan di sana korang boleh pin lokasi dengan tepat.
5- Website:
Sekiranya perniagaan korang ada website sendiri, boleh masukkan di ruangan ini. Kalau tiada, just leave it blank.
Continued in next section: Section 2
Di section ini, ada 3 ruangan perlu diisi.
6 – Business Hours:
Select business hours perniagaan korang. Korang boleh select and remove hari dan waktu kedai dibuka supaya pelanggan dapat maklumat yang tepat. Untuk perniagaan 24 jam, korang boleh tick 24 hours box.
* Pesanan: Jangan la diletak waktu perniagaan yang salah. Nanti kesian la customer susah drive pergi kedai, tengok-tengok tutup.
7 – Category:
Select category perniagaan anda. At the of writing (20/9/2018), terdapat 7 kategori yang ditelah dimuat naik oleh admin. Category ini akan ditambah dari semasa mengikut keperluan.
Note*: Sekiranya category bisnes korang tiada dalam senarai, jangan malu jangan segan, hubungi admin di facebook page kami atau email kami di admin@kedaimuslims.com.
Bergantung kepada category yang dipilih, akan muncul box business features untuk dipilih. Sebagai contoh, korang select automotive. Menu pilihan seperti pusat servis, car dealer, kedai tayar, kedai spare part dan banyak lagi untuk dipilih supaya memudahkan pelanggan membuat pilihan kerana automotive category can be too general.
8 – Price Range:
Select dari drop down menu untuk membuat pilihan price range perniagaan anda.
Terdapat 5 pilihan untuk dipilih.
Not to say – Prefer untuk tidak dibagitahu. Mungkin ramai prefer option ini untuk safe.
Inexpensive – Murah. Juga boleh pilih second option ini untuk play safe.
Moderate – Harga biasa-biasa. Tak murah tak mahal
Pricey – Agak mahal la
Ultra High – Nama pun ultra. Memang mahal la jawabnya.
Kami sarankan untuk pilih first option [Not to Say] kalau tak sure nak pilih yang mana.
Disamping itu, terdapat juga column Price from dan Price to masukkan harga minimum dan maximum. Not sure, leave it blank.
Continued lagi next section – Section 3
Ada 4 ruangan yang perlu diisi.
9 – Description:
Masukkan description bisnes anda. Penting untuk anda membuat description yang menarik untuk menarik minat pelanggan ke kedai anda. Sebagai contoh pusat servis kereta Muslim.
Description: Pusat servis kereta yang menyediakan pelbagai perkhidmatan servis kereta untuk pelbagai model kenderaan. Telah beroperasi hampir 10 tahun dan mendapat pengiktirafan pelbagai pihak. Kami menyediakan servis terbaik dengan kemahiran pekerja yang tinggi di samping kualiti kerja yang dipercayai ramai. Dimiliki 100% bumiputera Muslim.
10 – FAQ :
Frequently Ask Question
Korang boleh letakkan FAQ mengenai pernigaan untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas. It can be anything.
Tidak semestinya korang kena masukkan soalan. Boleh juga dimasukkan element lain.
Contoh:
FAQ – Specialities
Answer – Terangkan specialities bisnes anda. Kami adalah specialist untuk kenderaan jepun dan korea dengan pengalaman selama 15 tahun
FAQ 2 – Sejarah Penubuhan
Answer – Pusat Servis Muslim ini ditubuhkan pada tahun 2000 selepas Encik Wahab bersama-sama rakannya Encik Wahub, mendapati tiada bengkel kenderaan yang mampu memberikan hasil kerja yang berkualiti di kawasan sekitar Petaling Jaya. Maka dengan suntikan modal dari tabungan dan sedikit pinjaman, maka mereka berdua berhasil menubuhkan perniagaan ini dan terus berkembang sehingaa ke hari dengan sekarang sudah mempunyai 5 cawangan di seluruh Selangor
11 – Social Media Account:
Kami percaya sebahagian besar perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya facebook page. Di ruangan ini, korang boleh memasukkan up to 6 social media account seperti facebook, twitter, instagram, linkedin, youtube dan google plus.
Section 4
Ruangan ini memerlukan korang untuk memuat naik photo. Bisnes yang dilengkapi dengan photo atau image yang menarik are likely to get more views yang kemudiannya menjadi prospective customer.
14 – Your Business Video –
Korang boleh upload link youtube untuk business video. Sekarang kebanyakan bisnes sudah bergerak kepada video marketing. Menurut Wyzowl statistics di artikel ini, menunjukkan 63% bisnes sudah start menggunakan video marketing. Namun angka ini mungkin sedikit rendah di kalangan usahawan Malaysia.
Apapun, bagi yang mempunyai video, gunakan ruangan ini untuk meningkatkan keyakinan kepada perniagaan anda.
15- Images –
Images yang korang upload di ruangan ini akan menjadi banner untuk business page anda. Kalau diikutkan istilah facebooknya, ini ibarat cover photo page anda.
16 – Featured Image –
Featured image adalah image yang dipaparkan apabila pelawat membuat pilihan berdasarkan category dan lokasi. Ini akan menjadi front face untuk business page anda atau bahasa mudah profile picture anda. Kami menyarankan untuk upload business logo supaya tampak lebih professional.
Di bawah adalah 3 contoh featured image dalam category automotive.
Section 5
Seterusnya masukkan contact email korang dan klik save and preview. Make sure semua information yang dimasukkan tepat.
Done. Tugas korang selesai.
Sekarang submission listing akan direview oleh admin sebelum diluluskan. Korang akan mendapat email notification once listing approved.
Tahniah dan terima kasih kerana membantu kami menambahkan lagi jumlah listing di kedaimuslims.com dan seterusnya memudahkan pengguna mencari perniagaan anda milik orang Islam
“Ingat Kedai, Ingat KedaiMuslim.my”
kedaimuslim.my adalah sebuah direktori perniagaan yang mengkhususkan kepada perniagaan milik orang Islam di Malaysia. Kami menyenaraikan pelbagai kategori bisnes seluruh Malaysia bagi membantu pengguna mencari perniagaan sekitar mereka.
Jangan lupa untuk like kami di Facebook dan follow kami di Instagram