Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Adakah anda seorang peniaga atau owner sesebuah bisnes? Saya percaya bisnes anda sudah mempunyai website atau sekurang-kurangnya facebook page. Beribu tahniah kerana anda telah berjaya mewujudkan online presence kepada bisnes anda.
Jika belum, jom baca perkongsian kami dalam post ini iaitu 5 sebab kenapa bisnes anda perlu ada online presence.
Pasti ramai tertanya kenapa perlu ada bisnes directory macam kedaimuslims.com ni. Sebelum menjawab persoalan itu, di sini kami nak kongsikan kajian yang dilakukan oleh SKMM atau MCMC. Kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia pada 2016 adalah pada kadar 76.1% iaitu kira-kira 24.5juta. Ini meunjukkan rata-rata penduduk negara kita terutama di kawasan bandar menggunakan internet dalam urusan seharian.
Di era digital ini, pengguna akan google atau look into business directory sekiranya ingin mendapatkan maklumat mengenai particular service atau produk, contohnya mencari bengkel kereta terdekat, bengkel motosikal, farmasi, hotel, kedai perabot, restoren berhampiran dan macam-macam lagi. Dek kerana itu, bukan online bisnes sahaja yang perlu go online, offline bisnes pun juga perlu kepada online presence.
Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom lihat sedikit tentang definisi online presence. Dalam konteks ini, online presence merujuk kepada kewujudan sesebuah bisnes secara online yang membolehkannya di cari dan dijumpai melalui online search di google, yahoo, dan lain-lain. Bukanlah semestinya kena ada your own website (kalo ada, lagi bagus). Blog dan social media account seperti facebook page, instagram and twitter juga boleh diklasifikasikan sebagai your bisnes presence.
5 sebab kenapa bisnes anda perlu ada online presence.
1. Meningkatkan imej atau brand bisnes anda
Untuk kebanyakan usahawan yang baru memulakan perniagaan, tentunya struggle untuk mengetengahkan bisnes anda kerana belum diketahui ramai. Di sinilah pentingnya untuk create brand awareness. Brand awareness merujuk kepada betapa familiarnya pengguna kepada sesebuah bisnes. Contoh apabila ada menyebut Tupperware, secara umumnya ia akan merujuk kepada bekas untuk mengisi makanan sedangkan Tupperware itu sendiri hanyalah salah satu daripada brand food container. Dapat dilihat disini, apa yang membezakan sebuah perniagaan dengan perniagaan yang lain adalah brand awareness. Untuk seseorang pengguna menjadi pelanggan kepada perniagaan anda, secara logiknya, sudah tentu pengguna perlu mengetahui kewujudan perniagaan tersebut.
Maka, disinilah pentingnya untuk bisnes anda mempunyai online presence. Sekiranya bisnes anda yang mempunyai website atau visible di dunia online dilihat lebih serius dan kedepan berbanding orang lain. This extra edge akan membantu anda untuk mendapatkan lead dan seterusnya menjadi convert kepada sales.
Satu kerugian sekiranya bisnes anda belum memanfaatkan this online presence. Harini, hampir semua perniagaan dalam pelbagai industri, tak kira kecil atau besar menggunakan kelebihan ini dan establish their business with strong online presence.
Percaya atau tidak, sesetengah pengguna agak skeptikal dan berpandangan negatif terhadap sesebuah perniagaan sekiranya mereka tidak mendapati sebarang maklumat tentangnya online.
2. 24/7 Available
Dahulunya, bisnes akan hanya beroperasi mengikut business hour, typically 8am-5pm dan tidak semua bisnes mampu beroperasi 24jam seperti 7-Eleven atau kedai mamak.
Tetapi di alam maya, servis dan produk anda boleh wujud dan boleh dicari anytime anywhere. The best part is sambil anda tidur pun, bisnes anda still boleh jalan dan pelanggan masih boleh mencari produk atau service anda. Ini adalah satu extension untuk business anda, seumpama bisnes anda beroperasi 24/7/365.
Dan bayangkan sekiranya kedai anda dibuka 24 jam 7 hari seminggu sepanjang tahun tanpa cuti, berbanding 8am-5pm, isnin hingga sabtu tolak lagi public holiday yang bertimbun di Malaysia. Tentu lumayan bukan.
3. Customer base yang lebih luas
Tanpa online presence, customer akan terhad kepada yang lalu lalang dan berada di kawasan sekitar sahaja. Contohnya, sesebuah restoren yang viral atau tular di media social akan dikunjungi oleh pengunjung bukan sahaja kawasan sekitar malah dari segenap pelusuk tanah air.
Untuk reach out kepada customer yang berada di luar kawasan sekitar, anda perlu ada online presence dalam bentuk fb page, website, blog ataupun dalam direktori seperti kedaimuslims.com.
Sekiranya bisnes anda boleh di ‘search’ online, secara tidak langsung anda telah reach customer base yang lebih meluas dan seterusnya meningkatkan lagi prospek customer. Bayangkan potensi perniagaan anda jika anda dapat expose produk atau servis anda kepada 30 juta rakyat Malaysia, bukan terhad kepada kawasan kejiranan atau kampung semata.
4. Marketing kos yang rendah
Marketing strategies zaman sekarang sudah banyak berbeza dengan 10 tahun yang lepas. Dahulunya, untuk mempromosikan sesebuah bisnes, perlu ada bunting, billboard yang besar untuk menarik perhatian pelanggan.
Meskipun strategi marketing ini masih relevan untuk sesetengah industri, digital marketing dilihat memberi pulangan yang lebih tinggi dan lumayan. Dengan kehadiran marketing tools seperti fb ad dan google adwords, telah banyak merubah landskap marketing industry globally.
Seperti yang dikongsikan di awal post ini, 3 daripada 4 rakyat Malaysia mempunyai akses kepada internet. Kerana itu setiap bisnes perlu merebut peluang untuk memanfaatkan kelebihan digital marketing ini kerana kosnya agak kompetitif berbanding kaedah konvensional. Jika tidak, masakan big companies sanggup menghabiskan significant amount untuk marketing era baru ini.
Alternatifly, anda boleh menyenaraikan bisnes anda di free directory website seperti kedaimuslims.com untuk meningkatkan capaian perniagaan anda kepada pengguna khususnya di kawasan berhampiran.
5. Penerangan produk dan servis dengan jelas
Internet menyediakan satu platform yang amat berkesan untuk business owner showcase produk dan servis yang they to have offer. Sama ada detail description produk atau servis, reviews, testimoni pelanggan, product image, semua ini boleh dimuat naik ke website atau media social.
Dengan hanya beberapa klik, pengguna sudah boleh mendapat maklumat perniagaan anda dengan begitu cepat. Pengguna tidak lagi perlu pergi ke kedai-kedai atau shopping mall untuk mendapatkan maklumat mengenai produk yang ingin dibeli. Manakala business owner tidak lagi perlu memberi bersusah payah memberi penerangan produk atau servis secara face to face atau melalui panggilan telefon kerana semuanya available online untuk diakses pengguna.
Akhir kalam, di sini kami hanya senaraikan 5 sebab, hakikatnya banyak lagi kelebihan dan sebab untuk setiap bisnes establish online presence. Dunia harini sudah banyak berubah jika dibandingkan 10 tahun ke belakang. Untuk terus kekal relevan, semua perniagaan digalakkan untuk adapt dan terus selari dengan arus industri yang bakal menyaksikan lebih banyak teknologi distruptif di masa hadapan.
Sekian.
kedaimuslims.com adalah sebuah direktori perniagaan yang mengkhususkan kepada perniagaan milik orang Islam di Malaysia. Kami menyenaraikan pelbagai kategori bisnes seluruh Malaysia bagi membantu pengguna mencari perniagaan sekitar mereka.